Nama Saintifik
Ocimum Basilicum

Nama Tempatan
Selasih

Khasiat
Biji selasih banyak khasiatnya . Antaranya ialah , apabila diminum air biji selasih yang telah kembang , ia boleh menghilangkan demam , sakit kepala , melancarkan peredaran darah , menurunkan suhu badan , melegakan masaalah pencernaan . Daunnya ditumbuk dan ditampal pada bekas gigitan ular atau serangga berbisa dan boleh menghilangkan lenguh � lenguh pada sendi badan yang sakit .

Pokok Selasih tumbuh menegak dan mempunyai banyak cabang dibahagian atas . Ia mudah tumbuh ditempat yang lembap dan boleh dijumpai tumbuh meliar ditepi � tepi jalan . Bau selasih harum terutama dibahagian pucuknya dimana terdapat biji � biji selasih .
Daun Selasih berbentul tunggal dan bertangkai pendek . Daunnya bujur panjang , melengkung keatas dan tajan dihujung . Permukaan daun kelihatan rambut � rambut halus dan tepi daunnya bergeriji kecil . Daun selasih berwarna hijau tua .
Batang Selasih berwarna cokelat dan bersegi empat . Batangnya boleh bertahan lama dari daunnya .
Bunga Selasih berwarna putih . tersusun secara berkelompok dan keluar dihujung pucuk . Biji selasih pula berwarna cokelat tua dan keras . Apabila direndam dalam air ia akan mengembang .